UPDATE TERKINI BLOG KAMI

Monday, December 3, 2007

SEKAPUR SIRIH DARI PENGETUA SMK ST LUKE

PENGETUA SMK ST LUKE



Salam Perpaduan dan Selamat Sejahtera saya ucapkan,
Terima kasih diucapkan kerana dapat meluangkan masa untuk menjelajah laman web SMK St. Luke yang baru dilancarkan. Pelancaran laman web ini menandakan satu kejayaan yang begitu bermakna kepada warga St. Luke memandangkan sekolah kami sangat kekurangan dalam kemudahan ICT.
Setelah wujud di Bumi Kenyalang selama 141 tahun, maka wajarlah SMK St. Luke mengadakan laman web sendiri untuk berkomunikasi dengan seluruh dunia supaya dapat bertukar-tukar pandangan dan belajar antara satu sama lain. Memandangkan laman web ini sangat baru, ianya belum mantap lagi. Oleh itu, kami amat mengalu-alukan pandangan dan cadangan yang bernas untuk memperbaiki laman web ini.
Bagi bekas-bekas pelajar pula, kami ada menyediakan satu ruang untuk Old Lukean Association yang kami pasti akan banyak memberi maklumat kepada anda. Old Lukean Association baru ditubuhkan pada tahun ini (2004) dan mereka sedang merancang untuk mengadakan satu 'Reunion Dinner' pada bulan November ini. Bagi mereka yang berminat menghadiri dinner ini, sila hubungi pihak sekolah mahupun setiausaha Old Lukean Association untuk mendapatkan maklumat terkini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada pihak guru dan murid yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan laman web ini. Tanpa komitmen mereka, laman web ini tidak akan wujud.
Sekian

No comments: