UPDATE TERKINI BLOG KAMI

Sunday, December 2, 2007

PENGENALAN SEKOLAH SIMANGGANG

Pengenalan
SMK Simanggang telah ditubuhkan pada tahun 1960. Ketika itu, Dewan Brooke telah digunakan sebagai bilik darjah yang mengandungi 53 orang pelajar.
Pada tahun 1962, SMK Simanggang telah berpindah ke tapak tetapnya iaitu pada lokasi sekarang. Pada masa itu, SMK Simanggang hanya mempunyai satu blok bilik darjah, dewan makan, blok pentadbiran, bilik guru, makmal sains(blok J), asrama Hicks Green, bengkel kerja kayu dan padang bola sepak senior.
Dalam tahun 1974, sekolah ini telah memperkenalkan Tingkatan 6 Rendah yang mempunyai dua aliran iaitu aliran sastera dan aliran sains. Sehubungan dengan itu juga, koperasi SMK Simanggang Sdn Bhd. telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun yang sama.
Pada 1983, khidmat Bimbingan dan Kaunseling telah diperkenalkan dengan tujuan membantu para pelajarnya dari segi pembangunan diri. Pada tahun 1986 pula, sistem mata (dimerit) telah diperkenalkan di sekolah ini.
Selanjutnya, pada tahun 1990, SMK Simanggang telah memperkenalkan rancangan meningkatkan prestasi sekolah serta pelbagai aktiviti lain bagi memastikan pelajar-pelajar sekolah ini mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.
Pada akhir tahun 1995/96, pengetua sekolah ini telah bertukar ganti sebanyak 3 kali yang bermula daripada Cik Siti Katizah Haji Razali, diikuti oleh Encik Poh Kee Eng dan seterusnya diambil oleh Encik Christopher Tan.Selain itu juga, sistem persekolahan telah diubah daripada 2 sesi kepada 1 sesi sahaja berdasarkan kapasiti pelajar sekolah.

No comments: