UPDATE TERKINI BLOG KAMI

Monday, December 3, 2007

MAJLIS HARI GURU DI SMK SIMANGGANG



Majlis Pelancaran Hari Guru
Sekolah Menengah Kebangsaan Simanggang
Peringkat Sekolah Tahun 2005
Pada 26 Mei 2005, Sekolah Menengah kebangsaan simanggang telah mengadakan Majlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2005. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menghargai jasa dan sumbangan yang diberikan oleh para guru. Tema Hari Guru tahun ini ialah "Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan".Pada hari tersebut, semua pelajar SMK Simanggang telah berkumpul di Dewan Setia Kasih untuk majlis tersebut. Majlis bermula tepat pukul 7.15 pagi. Sejurus selepas Tuan Pengetua, Encik Shamsherbie bin. Narudin, menyampaikan ucapan beliau, Tuan Haji Hambali b.Hj Hamdan selaku Pegawai Pelajaran Gabungan Sri Aman telah merasmikan majlis ini dengan pemotongan kek Hari Guru. Selesai saja acara pemotongan kek Hari Guru, majlis diteruskan dengan acara "meyarungkan selendang kasih Hari Guru 2005" kepada Tetamu Undangan dan Pengetua Sekolah. Majlis diteruskan dengan Penyampaian Cenderahati kepada para guru dan nyayian kior oleh guru-guru SMK Simanggang atas bimbingan Cikgu Steven Jack.Selepas perhimpunan, Tuan Pengetua dan semua guru menjamu selera di kelas-kelas. Suasana di setiap kelas amat riuh rendah.

No comments: